Saturday, May 11, 2013

Hughes tenang tentang spekulasi Everton

Hughes bertahan kurang setahun mengendali di Loftus Road.

Bekas pemain Manchester United dan Everton, Mark Hughes percaya dia mempunyai keupayaan yang mencukupi untuk menguruskan Toffees setelah David Moyes menggantikan Sir Alex Ferguson yang bersara di Old Trafford.
 
Hughes menghabiskan dua musim di Goodison Park ketika menuju penghujung kariernya, menjaringkan satu gol dalam 16 penampilan buat kelab.
Namun, bekas bos Blackburn, Manchester City dan Wales itu kekal berwaspada tentang peluangnya menggantikan Moyes setelah warga Scotland itu berpindah ke United.
 
"Ia belum berlaku lagi," kata Hughes. "Apabila seorang pengurus pergi, ada peluang untuk pengurus lain yang tiada kerja termasuk diri saya sendiri.
 
"Ia sebuah kelab hebat. Sebuah kelab yang saya bernasib baik dapat bermain dan saya sangat nikmati tempoh saya di sana. Saya hampir sertai mereka sebelum itu lagi namun akhirnya tiba juga menuju ke penghujung karier saya dan saya nikmati tempoh hebat di sana.
 
"Sesiapa saja yang dapat peluang itu, ia satu peranan besar. Ia sebuah kelab besar dan tugas besar untuk diisi kerana David Moyes dah lakukan tugas cemerlang di sana.
 
"Ia dilakukan dalam keadaan sukar, kadangkala dengan kekurangan dana, namun dia [Moyes] telah lakukan tugas menakjubkan di sana. Sesiapa saja yang ke sana, ia serupa dengan situasi David setelah David ke Manchester United. Dia ada tugas besar untuk diisi.
 
"Ia satu peluang buat seseorang. Saya yakin dengan keupayaan saya, ia satu tugas besar di Liga Perdana. Hanya ada beberapa kekosongan daripada 20 jawatan yang ada jadi semua orang mahu bertugas di Liga Perdana."
 
Top 10 Berita Hangat
 1. Pogba Tidak Berbincang Dengan Sesiapa Tentang Kontrak
 2. Villas-Boas tolak spekulasi Barcelona
 3. Arsenal sedia tawaran baru untuk Karim Benzema
 4. Hertha Berlin Mahu Terus Kekalkan Per Ciljan Skjelbred
 5. Napoli Tak Bercadang Jual Marek Hamsik
 6. Berbatov teruja mahu kekal di Monaco
 7. Valverde 'bangga' dikaitkan ke Barcelona
 8. Oscar 'bincang' tentang pindah PSG baru-baru ini
 9. Steed Malbranque Mahu Terus Bermain di Ligue 1
 10. Masa Depan Messi di Barcelona

 

Share this article : DIGGDigg it! FACEBOOKFacebook GoogleBuzzGoogle Buzz
 
 
 
 
 

© 2003 - 2011, Copyright www.wiselonline.com, All Rights Reserved 
Best View in 1024 x 768 with IE 7+ & Firefox 3.6 and above | Mobile Web Version