Tuesday, May 28, 2013

Ronaldo Tidak Akan Ke Mana-mana - Zidane

Ronaldo, 28, masih ada kontrak dengan Madrid sehingga 2015.

Zinedine Zidane menegaskan Cristiano Ronaldo gembira di Real Madrid dan tidak akan meninggalkan kelab musim panas ini.
 
Zidane yang bakal disahkan menjadi pengarah sukan Madrid yang baru selepas meninggalkan peranan tersebut tahun lepas kerana dikhabarkan tidak sebulu dengan Jose Mourinho.
 
Lagenda Perancis itu yang bermain untuk Madrid di antara tahun 2001 dan 2006, telah pun beberapa kali menyebut keinginan untuk melihat bintang Tottenham, Gareth Bale di the Bernabeu, namun menegaskan tiada kemungkinan untuk Ronaldo dijual.
 
"Ronaldo gembira di Madrid," katanya. "Dia sangat penting untuk pasukan dan tidak akan menyertai kelab lain musim hadapan."
 
Ronaldo, 28, memiliki kontrak bersama Madrid sehingga 2015 namun ada keraguan mengenai masa depannya selepas pada September lepas memberitahu dirinya 'tidak gembira' di kelab. Beliau kemudian memberitahu sudah tidak lagi bersedih namun ejennya, Jorge Mendes, awal bulan ini mendakwa perpindahan ke Paris Saint-Germain merupakan satu "kemungkinan".
 
Top 10 Berita Hangat
 1. Berbatov: James ditakdirkan untuk kelab yang hebat
 2. Iturraspe: Minat Bayern Munich hanya khabar angin
 3. Cuadrado terbuka untuk keluar Fiorentina
 4. Inzaghi: Pemergian Balotelli akan tingkatkan semangat berpasukan Milan
 5. Falcao: Saya harap dapat kekal di Monaco
 6. Bellarabi Menjaringkan Gol Bundesliga Paling Pantas
 7. Alonso ucap selamat tinggal kepada Di Maria
 8. Cambiasso tolak langkah Leicester
 9. Mark Hughes berazam kekalkan Asmir Begovic
 10. Ocampos: Para bintang Monaco ada keyakinan terhadap Jardim

 

Share this article : DIGGDigg it! FACEBOOKFacebook GoogleBuzzGoogle Buzz
 
 
 
 
 

© 2003 - 2011, Copyright www.wiselonline.com, All Rights Reserved 
Best View in 1024 x 768 with IE 7+ & Firefox 3.6 and above | Mobile Web Version